10 Gambar Inovasi Berkaitan Dengan Bidang Kejururawatan atau Perubatan dan Kesihatan
1. Set pesakit lumpuh
Kemajuan teknologi dan peranan
kecerdasan buatan dalam pelbagai peralatan terutama bidang perubatan mampu
memberikan nafas baru kepada pesakit.
Ia juga memberi faedah besar
terutama kepada pesakit yang mengalami kecederaan tulang belakang yang
mengakibatkan lumpuh dan bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.
Hasil kecanggihan teknologi
terkini, sekumpulan pengkaji Universiti Malaya (UM) dibantu penyelidik luar
membina struktur binaan alat bantu pemulihan untuk pesakit lumpuh.
Alat bantu ini adalah gabungan
daripada teknologi mekanikal dan kemajuan perubatan sekali gus memberi harapan
baru kepada pesakit berkenaan. (Harian Metro, 17 Jan 2019)
2. Aplikasi yang memudahkan
komunikasi, pentadbiran dan penjagaan kecemasan
Pulsara
adalah permulaan A.S. yang diaplikasikan untuk memudahkan komunikasi dalam
penjagaan kecemasan. Ia membenarkan paramedik untuk memberi amaran kepada
jabatan kecemasa.. Ia tidak hanya dengan mengira masa ketibaan yang dianggarkan
berdasarkan GPS, tetapi pengguna dapat melampirkan gambar ECG, kecederaan,
senarai ubat pesakit, menghantar data peribadi dan parameter pesakit, dll. Selain
itu, dapat memberi amaran kepada pasukan stroke / pakar kardiologi atau staf
kesihatan yang lain yang mungkin terlibat dalam rawatan pesakit. Dengan cara
ini membolehkan pekerja ED menyediakan lebih baik dan lebih cepat untuk
kedatangan pesakit bagi kes kecemasan.
3. Stetoskop
teknologi AI (Stethee)
Sistem ini mampu memberikan kemudahan kepada
masyarakat luar bandar terutama sekali kawasan yang jauh daripada pusat
perubatan dan kekurangan tenaga pakar.
Stethee bakal diperluaskan ke seluruh
negara bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan di kawasan jauh dan luar
bandar untuk mengesan penyakit jantung dan paru-paru dengan lebih tepat dan
mudah.
Stethee memudahkan proses diagnosis untuk mengesan
penyakit, mengurangkan kesan sampingan yang dihadapi serta memberi rawatan awal
kepada para pesakit
4. CERAGEM
Ceragem adalah syarikat Alat Urutan
Tulang Belakang Berhaba pertama dan No 1 di dunia. Projektor dalamannya
diperbuat daripada batu jed yang memancarkan Sinar Merah Jarak Jauh (FIR) serta
mengurut titik tenaga pada tulang belakang agar aliran tenaga badan dapat
diperbaiki lalu meningkatkan lagi tahap kesihatan pengguna secara menyeluruh.
Ciri-ciri dan prinsip yang digunakan
adalah seperti berikut:
a) MASSAGE Urutan (Massage) Ceragem
Master V3 sangat baik untuk otot, saraf dan tulang belakang. Urutan membantu
melembutkan otot yang tegang, merangsang dan membebaskan saraf terhimpit juga
memperbetulkan semula struktur tulang belakang.
b) ACUPRESSURE Terapi Tekanan
(Acupressure) Ceragem Master V3 memberi tekanan pada 135 titik chi (titik
tenaga tubuh) yang berfungsi memberbaiki aliran tenaga dan melancarkan lagi
pengaliran darah ke seluruh tubuh badan.
c) MOXIBUSTION Terapi Haba (Moxibustion)
Ceragem Master V3 membantu mengurangkan rasa sakit pada bahagian tubuh badan.
Ia melembutkan otot dan melancarkan proses pembuangan toksin. Dengan itu
menjadikan sendi tubuh badan lebih mudah untuk digerakkan.
5. NT 4LL Device (Anti Fall Device)
Penciptaan
peralatan dikenali sebagai NT 4LL Device (Anti Fall Device) iaitu
peranti anti jatuh yang digunakan bagi mengelak pesakit terjatuh daripada
katil.
NT 4LL Device dilengkapi alat pengesan dan akan
berbunyi sekiranya kaki atau tangan pesakit terkeluar daripada katil. Alat itu
hanya dipasang pada katil pesakit yang berisiko jatuh
Difahamkan, NT 4LL Device dihasilkan daripada
pembalut PVC, alat pengesan, suis, bateri 12v DC, lampu LED dan pembunyi
isyarat dengan kos RM185 dan mampu menjimatkan kos operasi sehingga RM16,000.
6. Bilitec
(singkatan untuk Bilirubin Detector)
Inovasi produk yang dimakan Bilitec
(singkatan untuk Bilirubin Detector) itu telah direka cipta untuk mengesan
tahap bilirubin tanpa menggunakan sampel darah.
5 PERKARA MENARIK TENTANG INOVASI BILITEC, ALAT
PENGESAN JAUNDIS DIGITAL
1. MENGGUNAKAN TEKNOLOGI IMBASAN
Berbeza
dengan cara konvensional yang menggunakan sampel darah untuk mengesan tahap
bilirubin, Bilitec menggunakan teknologi ‘spectrophotometer’ dengan
melakukan imbasan pada kulit bayi atau mata bayi.
Dengan
teknologi ini, bayi tak perlu lagi dicucuk untuk diambil sampel darah mereka
dengan kerap.
2. REKABENTUK KOMPAK, RINGAN & MUDAH
DIKENDALIKAN
Bilitec
telah direka dengan bentuk yang kompak, ringan, mudah dipegang dan beroperasi
melalui sentuhan skrin.
Satu
perkara yang menarik perhatian saya secara peribadi, ianya dikatakan
sangat user friendly dan boleh dikendali dengan mudah
oleh pihak institusi kesihatan ataupun ibu bapa.
3. TURUT
DIDATANGKAN DENGAN MOBILE APP
Selari
dengan kecanggihan internet dan peranti elektronik, Bilitec juga didatangkan
dengan aplikasi yang membolehkan pengguna merekodkan tahap bacaan bilirubin
terus ke penyimpanan cloud secara
automatik.
Semua
rekod ini boleh menjadi bahan rujukan yang pantas dan tepat apabila diperlukan
tanpa melalui sistem manual.
4. KEPUTUSANNYA PANTAS
Selain
dapat memendekkan proses dan melangkau proses ‘cucuk’ yang menggerunkan, keputusan bilirubin juga
dapat diketahui dengan pantas – iaitu dalam masa beberapa saat sahaja.
Canggihnya!
7. Hybrid Closed-Loop Insulin Delivery
System
Membantu merawat penyakit kencing manis jenis 1. Sistem ini
direka untuk untuk memberikan insulin secara automatik dimana monitor glukosa
berterusan disambungkan ke pam insulin. Jadi pesakit tidak perlu menyucuk jari
untuk mendapatkan bacaan glukosa dalam darah setiap kali ingin mendapatkan
insulin. Tahap kesakitan dan bekas kecedaraan akibat cucukan pada setiap ujian
untuk mendapatkan bacaan glukosa dalam darah dapat dikurangkan kepada pesakit.
8. DermaClip
DermaClip, merupakan klip kertas pelekat
berwarna putih yang akan mencamtumkan semula luka.
Dan membolehkan kulit bercantum semula secara semula
jadi tanpa benang jahitan yang menyakitkan itu!
Malah, jika DermaClip ini digunakan secara
meluas bukan sahaja para pengamal perubatan dapat menggunakannya untuk merawat
pesakit.
Anda juga dapat menggunakannya untuk menutup
dan mencantumkan luka sementara menunggu pegawai perubatan tiba.
9. Berkhatan
secara Smartklamp
Berkhatan menggunakan teknik
Smartklamp adalah satu inovasi baru dunia perubatan bagi memudahkan prosedur
berkhatan yang diamalkan oleh seluruh umat Islam.
Dengan menggunakan smartklamp,
pendarahan yang banyak dapat dihindarkan ketika prosedur berkhatan dan tidak
memerlukan sebarang jahitan. Ia sangat mudah dan cepat antara 10 hingga 15
minit sahaja. Oleh itu menjadi alternative terbaik bagi kanak-kanak atau orang
dewasa yang mengalami penyakit diabetes, hemofilia, anak-anak autism atau
anak-anak hiperaktif.
Smartklamp juga sangat ringan dan tidak mengganggu aktiviti kanak-kanak
atau orang dewasa yang disunatkan dan boleh mula berjalan tanpa menggunakan
kain sarung lagi.
10. DBS sebagai rawatan baru strok
Deep brain stimulation (DBS) atau
rangsangan otak dari dalam merupakan kaedah rawatan baru bagi strok. Rawatan
ini melibatkan penempatan elektrod DBS pada otak pesakit melalui pembedahan.
Rangsangan elektrik diberikan melalui elektrod terbabit membantu proses
pemulihan di samping rehabilitasi.
Percubaan klinikal pertama ke atas
wanita berusia 59 tahun menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Penemuan ini
memberi peluang kepada pesakit strok untuk pulih dan mengurangkan kebergantungan
mereka kepada orang lain.
Comments
Post a Comment